Logo KBBA

GENGIGEL SPRAY 20ML.

Ahad lepas widad demam agak panas la suhu dia,bawak pegi jumpa doktor(unit kecemasan Tg.Malim)lepas mandikan semua,bagi baring kat katil doktor datang cek tonsil dia,Doktor cakap tonsil bengkak sikit,tapi punca suhu dia terlampau panas sebab ada ulser dekat dalam mulut,dan paling banyak di sekitar tekak,owh patut la widad susah nak makan dan minum.


nampak tak,macam mata ikan dekat anak tekak tu..boleh tahan la banyaknya,patut la tak boleh nak makan.

Disebabkan Unit kecemasan ni Tg.malim ni kecik je,so banyak ubat yang dorang tak de,doktor suruh aku carik ubat ulser yang jenis spray dekat farmasi berdekatan..Bila suhu badan Widad dah nampak turun,doktor bagi bagi,sambil berbekalkan ubat antibiotic & syrup untuk demam.
Keluar je dari Hospital aku cari farmasi sebaris dengan secret recipe Tg.Malim,aku beli ubat ni.

Ni hah la ubatnya Gengigel namanya.
GENGIGEL nama ubat tu,20ml harga aku beli rm38.00 nampak macam mahal,tapi untuk widad ummi beli juga,yang penting widad cepat sihat.Cara pakai ubat tu,hanya bukak mulut dah halakan sedikit ke tempat ulser tu,spray,dah settle,sehari spray 2 kali je.Hasilnya selepas sehari 

Taraaa...dah boleh bukak mulut luas luas dah,dah boleh minum.
Lega hati ummi bila tengok widad dah sihat,dah boleh makan dan minum,yeay..esok dah boleh pegi sekolah heee.sesapa yang kena sakit Ulser atau mata ikan ni,boleh la carik ubat ni,terutama sekali bila kena dekat tempat yang susah nak disentuh,boleh spray je :)
Banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh GENGIGEL ni,kalau nak tau lebih lanjut boleh la usha di Mr.Google.

Share:

3 comments

  1. Kalau bonde kene mmg tak tahan nak makan susah nak minum susah... Widad minum air kosong banyak2 tau!

    ReplyDelete
  2. widad ni ssh minum air masak bonde..tu yang geram tu,nasib baik ubat ni berkesan.

    ReplyDelete
  3. Utk baby sesuai ker.bawah 3 thn...

    ReplyDelete