Assalammualaikum semua,puasa ke hari ni?Alhamdullillah,sekejap je dah masuk 6 Ramadhan kan,dah fikir ke nak berbuka dekat mana hari ni?Buat korang yang duduk berdekatan dengan Kuala Selangor,teringin nak merasai sendiri berbuka dengan hidangan buffet tapi murah,meh baca cerita aku ni.
Korang inginkan suasana berbuka puasa yang tenang,damai,tak sesak,murah dan makanan yang enak?Aku syorkan korang alami dan nikmati keeanakkan makanan di hotel De Palma Kuala Selangor ni sendiri.
Tak tahu jalan?Jangan risau korang cuma perlu bukak maps dan taip De Palma Kuala Selangor,atau korang boleh klik DI SINI .
DE PALMA HOTEL KUALA LUMPUR
De Palma Hotel Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis hidangan,dan bertemakan Sajian Selera Desa,gabungan selera ala kampung,mamak,selera pantai timur dan ala barat.Yang bestnya,dekat De Plama Hotel Kuala Selangor ni,setiap hari ada je kelainan,baik dari segi masakan mahupun dekorasinya,Bertambah indah bila gerai gerai yang dibina berkonsepkan ala Moroccan.
|
Selamat datang ke buffet Ramadhan De Palma Hotel 2016 |
MENU ISTEMEWA
Menu istimewa di sini,tak lain dan tak bukan adalah kambing bakar,yang di salut dengan rempah ratus dan dipanggang khas,bukan tu je,"Ayam Bakar Pak Wakil"di masak dengan cara yang istimewa,Gerai Kuey Teow,gerai goreng-goreng panas macam goreng pisang,keledek dengan sukun(aroma pisang goreng tu pun dah boleh buat aku telan air liur).Antara menu lain seperti Mee Rebus,Stemboat celup-celup,Roti John,Roti Canai,Lempeng,Spaghetti,Gulai Kawah ABC,Nescafe tarik(sedapnya...)Minuman sejuk dan koktail pun ada.Untuk pencuci mulut pulak,Kurma,kuih-muih dan buah-buahan pun ada disediakan.
|
Kambing panggang,antara menu istemewa yang ada di sini |
Kambing boleh dimana tanpa sos,ataupun bersama sos.
Spaghetti,my feberett menu,yummy
|
Peria di tumis bersama telur,tak pahit tau.rasa macam makanan emak kat rumah. |
|
Antara menu Selera ala kampung |
|
Ikan patin masak tempoyak. |
|
Gulai masak lemak itik. |
|
Ayam masak merah |
|
5 kali aku refill nescafe tarik ni,memang kaw |
|
koktail. |
|
Minuman sejuk |
|
Kuih-muih |
setiap hari Rabu dan Khamis,De Palma Hotel Kuala Selangor menjemput IwanSyahman(Iwan Dangdut) untuk menyanyikan lagu berbentuk dakwah bagi menyerikan lagi suasana berbuka puasa.Kalau di hotel lain,sepanjang menanti waktu berbuka,kita di hidangkan dengan alunan nasyid atau music yang lembut,tapi De Palma Hotel menampilkan kelainan dengan membawa Hafiz untuk membacakan surah-surah suci al-quran.
|
Merdu suara adik ni mengalunkan surah suci Al-Quran. |
ISTIMEWA RAMADHAN
Sepanjang bulan mulia ni De Palma Hotel Kuala Selangor menawarkan pakej dan potongan harga istimewa seperti di bawah :
- Istimewa Ramadhan - promosi bilik Superior hanya rm200.00 (termasuk buffet dan sahur untuk 2oranng
- Rm130.00 (5.00petang-10.00malam) - 1 bilik penginapan termasuk buffet untuk seorang
- Qiamullail 10 malam terakhir - Rm100.00 (10.00 malam - 8.00 pagi)
- Bilik penginapan dengan harga RM120 untuk 2 orang beserta sahur atau sarapan pagi.
- Tempahan Berkumpulan - potongan harga istimewa bagi tempahan yang melebihi 10 orang daripada Syarikat atau persatuan
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK YATIM
Andai kata korang ada rezeki lebih dan teringin berbuka puasa sambil meraikan anak anak yatim,De Palma menawarkan harga yang sangat istimewa,sebab korang cuma perlu membayar sebanyak RM20.00 untuk seorang kanak kanak dan RM40.00 untuk orang dewasa.
PEMBERITAHUAN
Sekiranya korang terniat nak berbuka puasa di De Palma Hotel atau cawangannya,korang layak mendapat potongan sebanyak 12%,macamana??
Tak susah pun korang cuma berikan link entri aku
INI pada pihak De Palma Hotel.
Buat korang yang ingin membuat tempahan bufet di De Palma Hotel Kuala Selangor,korang boleh hubungi talian di bawah :
No.Tel : 03- 3289 7070
(Cik Rosmawati Saidina/Cik Nur Hasni)
Atau layari
Buffet RM 49.90 (dewasa)
Rm25.00 (kanak-kanak)