8 tips untuk perjalanan jauh
Assalamualaikum semua,wah tengok dekat fb,ramai yang post status "dalam perjalanan balik kampung" seronoknya kalau kampung jauh jauh ni,kampung aku dekat je,tak sampai sejam dah sampai,tu pun kadang kadang rasa jauh hehe.Mungkin kampung aku tak jauh mana,tapi aku selalu bercuti ke utara mahupun selatan dengan memandu,ok dekat sini aku nak share sikit pengalaman aku memandu dengan jarak yang agak jauh
1.REHAT SECUKUPNYA
Sebelum korang bergerak ke tempat yang dituju,amik la masa sehari untuk berehat secukupnya,kalau tak de masa langsung,amik la masa 3 atau 4 jam untuk tido.
2.BERTEMAN
Kalau boleh,jika boleh bawak la teman,untuk berborak,kalau yang balik kampung dengan husband tu,kalau boleh jangan la tido,temankan en hubby tu bersembang,kalau nampak hubby tu penat tolang la picit tengkuk dia,jangan la korang masuk je kereta belum sampai simpang masuk lebuhraya,korang dah berdengkur,no no,dont do like that okeh,kalau aku buat perangai macam tu,kompom my laling dah cubit cubit manja.
3.BERGERAK AWAL
Kalau drive sorang diri,tolong lah bergerak awal,kalau boleh siang hari,jangan lewat malam terutama perempuan macam ai yang lemah lagi tak berdaya ni,ahakz.Bergerak awal ni banyak faedahnya,dan mungkin boleh mengelak dari kesesakkan jalanraya.
4.MINUM KOPI
Minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk,tapi aku tak minum kopi,so aku ganti dengan nescafe,dan cari la something yang masam masam,jangan korang kunyah garam dah la,tu bukan masam tapi masin
5.BERHENTI SEBENTAR
Tapi kalau dah mengantuk sangat,berhenti lah dekat tempat yang selamat,contoh RNR atau pun petrol pump yang ramai orang,lagi ramai lagi selamat.
6.kONVOI
Contoh korang nak balik johor,cuba carik 2,3 orang kawan yang korang kenal yang satu kampung,atau satu jalan untuk pulang ke kampung,korang boleh deal untuk konvoi.tapi jangan korang beracing pulak atas jalanraya,utamakan keselamatan,ingat orang tersayang..ada paham?!
7.NUMBER2 PENTING
Simpan nombor2 penting,no polis ke rakan cops ke atau apa apa je,bukan apa takut perkara tak diingini jadi dekat jalan.
8.KEMALANGAN
Kat atas tadi aku dah ingatkan jangan memotong di laluan kecemasan,selain korang boleh menyusahkan orang lain,korang jugak akan menyukarkan Anggota keselamatan(ambulance/polis)untuk lalu sekiranya berlaku kemalangan,dan secara automatiknya korang menjadi punca kelewatan dan kesesakan di atas jalanraya.
ok tu je tips yang aku ingat buat masa ni,korang yang plan nak balik kampung tu,hati hati dalam perjalanan,jangan merempit,bermandu dengan berhemah,jangan memotong di laluan kecemasan,janagn pentingkan diri,jangan menyusahkan orang lain okeh.
Doa aku selamat pergi dan pulang.
3 comments
Kalau minum kopi, memandangkan puasa, terpaksa tahan tak minum.. sebab kafein buat rasa lain kalau minum time sahur.. haha
ReplyDeletekena gerak malam la mcm tu,cuaca pun tak panas.
Deletekena gerak malam la mcm tu,cuaca pun tak panas.
Delete