Logo KBBA

Umobile-Ketchup kempen makan makan Raya






Ahad lepas aku dan team kbba turun ke Sunway Piramid dan Aeon Shah Alam untuk menjayakan program umobile - ketchup.Fuh lama giler rasanya aku tak jejak kaki dekat sini,hampir 10tahun aku rasa,banyak kenangan kat sini hehe,banyak yang berubah,dulu tak semeriah ni rasanya,(eh terbebel pulak huhu)ni nak cerita pasal satu cafe yang aku pergi dalam Sunway Piramid ni,cafe apa?jom layan entri ai kat bawah ni.

CAFFE BENE

Pestime bawak anak dara pergi keje.


Sebelum ambil gambar makanan kita amik gambar sendiri dulu hehe
Aku di fahamkan jenama Bene ni,terhasil dari perkataan Itali yang bermaksud baik.So kalau bahasa inggeris pulak,ianya akan menjadi good cafe.Tapi hasil gabungan Itali dan Inggeris maka terhasil lah Caffe Bene,hah gitu.
Caffe Bene telah membuka beberapa cawangan di dalam Malaysia ni,Antaranya di Sunway Piramid(tempat yang aku pegi tu la)Solaris Mont Kiara,Gurney Paragon Mall Penang dan Terminal Pahlawan,Melaka.

MENU ISTIMEWA

Caffe Bene ni menyediakan bermacam-macam jenis menu tau,yang pasti sedap sedap belaka.Tapi untuk entri kali ini,aku nak cerita pasal menu yang resepinya di bawa khas dari Korea(k-pop gitu).
Salah satu yang menarik perhatian aku,adalah hidangan di bawah ini :



Tiramisu Waffle

Add caption

Dia dah buat muka mengoda dah..bertabah je ummi dia tengok

Cappucino-memang boleh hilang mengantuk dibuatnya

Bangun tido,terus minum black coffe ni,hagak-hagak korang mengantuk lagi tak?yang pasti,mata aku terus segar bugar.

Bingsu Cookie & Cream.
 







Menarikkan,sesuai untuk dijadikan tempat lepak,bergosip,ataupun nak update entri,sebab di caffe Bene ni,suasananya tenang je.

Bila Widad berposing.

HUBUNGI DAN LAWAT

Rasa nak pergi tapi nak tahu lebih details tentang caffe bene?jangan risau,korang boleh layari terus website Caffe Bene ni,cuma click link di bawah:

 Website : Caffe Bene Malaysia
Facebook : caffebene.facebook



LOKASI SETERUSNYA

Dari Sunway Piramid kami menuju ke Shah Alam untuk next umobile -Ketchup,bertempat di Aeon Shah Alam(dekat dengan Stadium Shah Alam).
Kalau tadi kami dihidangkan dengan hidangan dari Korea,kali ni,kami menjamu selera dengan hidangan dari negara matahari terbit pula.


YOSHINOYA HANAMARU

Kalau tadi aku makan,makanan yang simple kali ni,kali ni kami disajikan dengan makanan orang jepun pulak,jangan tak percaya,orang jepun bukan pandai hanya makan sushi,udon dan tempura je tau,makan nasi pun mereka makan tau,itu lah keistimewaan Yoshinoya Hanamaru tampilkan,so kena la dengan tekak melayu aku ni,jom layan hidangan yang sempat aku ngap 
















Kempen ini bersempena U Mobile ingin menghargai pelanggan supaya mereka dapat menikmati keistimewaan di enam F&B yang beri kerjasama iaitu Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya Hanamaru, Sangkaya, dan Sweet Hut dengan menggunakan aplikasi MyUMobile. Kempen bermula daripada 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. Apa yang perlu anda lakukan adalah bayar bil atau Topup dengan menggunakan aplikasi MyUMobile dan nanti boleh tebus tawaran hebat serta berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Penang. Menarik bukan?

Share:

2 comments

  1. Woww! Teruja i tengok food to....bingsuu tu menggoda habisss

    ReplyDelete
  2. laparnya tgk makanan tu..:)

    ReplyDelete