Logo KBBA

Bila Widad Jumpa Haiwan Di Kuala Lumpur Mini Zoo

Assalammualaikum,sihat ke semua...
Lagi beberapa hari je lagi cuti sekolah bermula,dan rancang ke nak bawak anak anak berjalan ke mana?buat korang yang duduk di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur dan sekitarnya,meh hakak nak share satu tempat yang hakak dan team kbba9 pergi pada minggu lepas.nak tau dekat mana?meh layan gambar dibawah ni dulu.

Sesi bergambar sebelum masuk ke dalam

Ummi tukang snap gambar je hari ni hehe


~KL Tower Mini Zoo~
Siapa sangka di tengah-tengah kotaraya ada mini zoo yang sangat berbaloi untuk kita lawati,mula-mula hakak pun tak tahu ada mini zoo di menara kuala lumpur ni,hehehe.kalau tau,dah lama rasanya hakak bawak Nur Widad ke sini.Harga tiket pun berbaloi,siap ada family pakej lagi.Buat korang yang datang menaiki kenderaan sendiri,hakak nasihatkan naik awal sikit,senang nak parking,kalau tak salah parking RM10. per entry,buat yang naik pblic transport,terutamanya monorail,seandainya korang datang dengan anak anak,korang boleh amik teksi berdekatan dengan stesen monorail tu,lupakan hajat korang untuk mendaki dengan tujuan nak exercise,tinggi kot bukit tu,sian kat anak anak.







~Apa yang menarik di Zoo Mini~
Sebaik saja melangkah kaunter tiket ke Zoo mini ini kami di sambut oleh dua ekor burung kakak tua bermulut ramah,dan berjaya mencuri perhatian pengunjung. 
Apa yang membuatkan Mini Zoo ni menarik?Dekat sini kita bebas nak sentuh dan beri makanan pada haiwan haiwan yang ada(sesetengah haiwan je),Staff dekat sini pun ramah.hakak sempat berposing dengan burung kakak tua,memula takut juga nak bergambar,takut tiba tiba burung tu terbang,ternyata semua tu tak berlaku hehe.






~kanggaro dalam beg~
Tak perlu terbang ke australia untuk bergambar dengan kanggaro,sebab di Zoo Mini ini juga terdapat sekor kanggaro yang sangat suka berselpie..tapi di sebabkan Nur Widad ni penakut,sempat snap satu gambar je,huhu





~Kayu atau Buaya~
Habis di pintu pertama kami beralih ke pintu ke 2,kami melawat si penyu dan buaya,pertama kali hakak tengok penyu berenang depan mata,satu pengalaman baru untuk hakak yang telah bergelar mak kepada anak dara ni hehee.
Lepas tengok penyu,Widad tarik hakak ke sebelah,nak tengok buaya katanya,hakak tengok macam kayu,berbalah sekejap dengan Widad,hakak cakap tu patung diperbuat dari kayu,tapi Widad cakap tu buaya sebenar,seyes,buaya tu tak berganjak langsung,jenuh ku telek,tengah ralit tengok buaya kayu tu,tiba-tiba buaya tu bergerak,terkezut mak,terjerit dibuatnya,Widad...gelak besar dia tengok umminya terkejut,sabar jela.






~Ular Dan Burung Unta~
Beralih ke pintu ke 3,disangkar sebelah kiri,seekor ular sawa batik tengah berehat,kekenyangan gamaknya,besar jugak saiznya.turun kebawah Si Burung Unta menunggu,kakitangan di Zoo mini bagi kangkung pada Widad dan Faaiz untuk dijamu pada Burung Unta,tapi sayang Burung Unta tu tak nak layan,mungkin baru lepas makan kot.


~Bermesra dengan si kecil~
Tak habis disitu,kami menuju ke pintu ke 4,kali ini kami diberi peluang untuk mendekati burung-burung yang kecil dan comel,dibekalkan makanan burung,Widad dan Faaiz apalagi,laju je nak bagi burung burung tu makan.lama jugak kami disini,layankan Widad yang tak kemana mana,melekat sekejap disitu.Ummi apalagi sibuk merakamkan gambar untuk dibuat kenangan.






~Milky & Caremal~
Binatang apa tu,haa..ini la laama,sesiapa yang pernah baca komik kampus(kalau tak salah hakak la,lupa sekejap)haiwan ni menjadi haiwan kesayangan watak seorang guru di dalam komik tu.





~Kedai cenderamata~
Dah puas berjalan,kami berhenti sekejap di kedai cenderamata yang terdapat di dalam Zoo mini ini,macam macam jenis cenderamata yang ada,bolehla beli satu dua untuk dibawak pulang sebagai kenangan,kraf dari telur burung unta pun ada tau.




~DO,RE,MI~
Kalau tadi hakak tengok turtle berenang,kali ni hakak bagi kura kura makan pula,terdapat tiga ekor turtle disini,diberikan nama,Do,Re dan mi berusia dari setahun hingga 8tahun.Widad dengan Faaiz la yang paling seronok,bukan setakat bergambar siap bagi makan lagi.owh lupa,bukan hanya kura kura arnab dan hamster pun ada tau,jinak jinak semuanya
Banyak lagi haiwan yang terdapat di Zoo mini ini,yang tak pernah kita lihat pun ad,kalau nak tahu haiwan apa,apakata anda datang kesini sendiri,selain mengenali haiwan,anak anak juga dapat pengalaman baru dan dapat menyentuh haiwan haiwan disini.Dan yang pasti,mulut anak anak anda pasti akan riuh bercerita pengalaman mereka disini.Buktinya Nur Widad sendiri,sampai ke hari ini,masih lagi bercerita tentang burung dan Monyet putih.









~Terima Kasih~
Terima kasih tidak terhingga di ucapkan pada pihak KL Tower Mini Zoo yang sudi melayan kami sepanjang waktu lawatan,terima kasih juga pada Abam Ben Ashaari yang sudi memberi peluang pada Zura dan keluarga untuk turut serta dalam lawatan ini,buat team kbba9 insyallah kita bertemu lagi di lain hari.
Tak lupa pada Abam korie,terima kasih atas cango bar yang sedap tu,sedap sangat Widad sampai nak bawa balik huhu.
Buat kalian yang sudi membaca,ribuan terima kasih kerana sudi membaca bebelan hakak kali ini,sayang semua.






~KL TOWER MINI ZOO~

Di bawah ni hakak sertakan serba sedikit nfo tentang Mini Zoo ini.

Alamat
Ground Floor,Menara Kuala Lumpur,
Jalan Punchak,50250,Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur,Malaysia

Harga Tiket
Dewasa : Rm32.00
Kanak-Kanak : Rm27.00
Warga Emas : RM27.00

Waktu Operasi
Isnin - Ahad
10.00 pagi - 9.00 Malam

Website
Facebook : KL Tower Mini Zoo 

Share:

0 comments