Logo KBBA

Cosmoderm...teman Setia Hakak



Assalammualaikum...

hola hola hola...sihat ke semua,apa macam ini hari?ada baik ka?hari ni hakak ada benda nak cerita,pasal anak dara kesayangan cinta hati hempudu hakak,siapa lagi,Nur Widad la,dua minggu lepas doktor sahkan Nur Widad mengalami alahan ubat lepas ubat yang dia makan tak rasi,bukan takat tak rasi,tapi badan dia naik bintik bintik,so doktor bagi Widad ubat sapu dan syrup,masalahnya kulit Widad jadi kering,mengelupas dah(macam ular bersalin kulit tu)
Dah tengok tangan cinta hati hakak macam tu,maka umminya harusla mencari jalan penyelesaian.




ADVANCED MOISTURE THERAPY CREAM



Ni la jalan penyelesaian hakak...tak sampai 3hari,tangan Widad yang kering dan mengelupas tu,beransur baik dan hampir kembali normal.
Hakak memang suka produk2 dari Cosmoderm ni,sangat sangat rasi dengan hakak dan Nur widad,contohnya macam yang hakak sapu dekat Widad ni,tak melekit,dan cepat menyerap ke dalam kulit.Bukan hanya untuk kulit kering,untuk tumit merekah pun sesuai,memang kaya dengan kelembapan.
Nak sapu pakai VITAMIN E CREAM pun boleh,krim ni bukan setakat merawat,tapi kelembapannya pun lebih intensif,sesuai untuk kulit normal dan kering.Kalau korang yang mengalami rekahan tumit kaki,boleh sapu krim ni sebelum tido.dalam masa seminggu korang boleh nampak perubahan kat tumit kaki,hakak tak tipu,sebab hakak pun ada masalah yang sama..

MAGIS LOTION



gambar di pinjam dari blog Kak Saidila

Ni salah satu produk Cosmoderm yg jadi teman setia hakak,walau ke mana pun hakak pegi,baik travel mahupun balik kampung.Malah kalau hakak ada event besar di luar kawasan Sg.besar pun hakak bawa.Di sebabkan Magic lation ni la,parut terkena minyak panas kat tangan hakak ni,makin memudar.Silap hakak,sepatutnya lepas je kena minyak panas tu,hakak kena sapu krim magic ni untuk mengelakkan mengemlengbung,tapi nak buat mcm ne kan,dah kalut...
Bukan tu je,macam bebaru ni,kan hakak join hari keluarga kbba9 di Legend Cherating Beach resort,so banyak la aktiviti yang hakak ikut,salah satu nya melawat kelip kelip di Hafiz's Cherating Activities,sebelum naik bot tu,hakak sapukan badan Widad dengan magic krim ni,untuk elakkan gigitan nyamuk.
Kalau hakak nak cerita tentang kebaikan Magic krim ni,sampai esok pun tak habis hehe..

BB CREAM




Selain Magic krim,Cosmoderm pun ada Bb cream tau...BB Krim ni pun hakak suka pakai terutama bila terdedah dengan panas matahari,baik pegi niaga atau berjemur disebabkan aktiviti di bawah matahari hehe,ye la macam hari keluarga hari tu,kan dibuat dekat dengan pantai,tau la kan kalau dah dekat dengan laut ni bahang matahari macam ne kan,so bila hakak pakai BB krim ni,tak de la terbakar rentung sangat muka hakak ni.BB krim ni ada dua warna,kuning untuk kulit normal dan kering,kalau hijau pulak untuk kulit berminyak,di sebabkan hakak ni jenis muka kulit berminyak,so hakak pakai la yang warna hijau.Nampak kecik je kan BB krim i,tapi banyak tau kelebihan dia,antaranya


  • lindung kulit kita dari pencemaran
  • elak kulit terbakar dek sinar matahari(macam hakak bagitau dekat atas tadi la)
  • 2 dalam 1 melembap sambil melindungi
  • kulit lembap dan lebih anjal (wah...hakak suka) 

TEA TREE OIL SHOWER GEL





Bukan setakat krim je,Cosmoderm ada gel mandian jugak tau,kalau korang nak tau gel mandian ni sangat sangat la best,nak tau sebab apa?selain bau dia yang segar gel mandian ni jugak boleh menghilangkan bau badan,sesuai la untuk orang yang ada masalah bau badan ni.Kalau korang ada jerawat pun boleh pakai,sebab gel ni,selain membersih,dia jugak bertindak untuk merawat.Sangt sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur okeh.

Eh terpanjang pulak hakak membebel ni,pape pun hakak nak ucapkan jutaan terima kasih pada Cosmoderm sebab sudi menaja dan memberikan kami travel set kit pada hari keluarga kbba9 yang lepas,terpelihara sikit kulit hakak dan Widad sepanjang beraktiviti dibawah sinaran matahari dan keindahan malam.terima kasih Cosmoderm.

Jumpa lagi di lain entri,insyallah...Salam sayang semua.




Share:

4 comments

  1. Memang best semua produk dalam travel set, wajib ada setiap kali nak kemana saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...antara yg wajib dbwak kemana je.

      Delete
  2. BB cream tu keciknya senang bawa travel lah...best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu,memang sentiasa ada dalam beg.hehe

      Delete