Logo KBBA

Laman Warisan pilihan untuk bakal pengantin

















"Ala omak kawin kan aku
ala omak kawin kan aku
alahai omak kawinkan aku"

haish kemain miang lagi bunyiknya kan,kalau dengar dek omak den,mau terbeliak mata dia hahaha.Tapi itu la yang hakak rasa sebaik je hakak jejak kan kaki ke Laman Warisan tempat yang disediakan untuk lunch kami di Taman Warisan Putrajaya semalam.Terpegun dengan dekorasi kat sini,menarik,ringkas tapi menawan.Sesuai sangat kalau buat majlis dekat sini.Taman Warisan Putrajaya pun ada menyediakan pakej untuk majlis perkahwinan tau.

Meja makan beradap-kredit foto @kak Diana Dy

Pelamin with walkway -kredit foto @abang Ben Ashaari



Pintu Gerbang-kredit foto
@abang Ben Ashaari
Bukan dekorasi je yang menarik,makanan nya pun sedap sedap belaka,hancur diet hakak hari tu.Tambah lagi kek pandannya,memang terangkat,hakak memang tak suka kek pandan tapi bila ngap kek pandan yang disediakan tu,menyesal rasanya tak amik banyak.(tamak betul kan hahaha).Kalau korang nak tahu,lunch kami ini disediakan oleh pihak caterer Felda D'saji Sdn.Bhd.Patut la sedap. 





antara sajian yang sempat kami nikmati,sedap!-kredit foto by @kak Mell

Dah habis sanding boleh pegi foto shooting dekat ladang getah yang ada di Taman Warisan Putajaya ini,hindustan gitu.(hakak dah start berangan..habis la)
Sementara hakak berangan,korang layan gambar dekat bawah ni dulu okeh.

Jom berangan-foto by Mr.Google


Nampak tak rumah dekat belakang tu..hakak berangan dah ni haha

Nak buat fotografi kat sni pun cun-kredit foto @abang Ben Ashaari

Cantik tertarik kau memang deboom kan.So buat korang yang tengah tercari cari tempat untuk majlis perkahwinan tu boleh lah survey Pakej Perkahwinan Laman Warisan di Taman Warisan Putrajaya ni.Pakej serendah 12,500 untuk 500 pax ni pun hakak rasa dah sangat berbaloi,mana tak nya,selain pelamin yang tersergam indah,tetamu jugak akan rasa selesa dengan keluasan dewan dan 6biji air cooler yang besar gedabak ni.

Apa yang korang dapat dengan harga Rm12,500 ni?


  • Pelamin berserta dekorasi
  • Parking percuma 
  • Food testing 10pax
  • PA sistem
  • Ruang persalinan/bilik menunggu
  • 2meja vi
  • Surau
  • Menu dihidang secara buffet
  • Pelayan
  • Lokasi sesi fotografi di Taman Warisan Putrajaya


Bab lokasi foto shoot,itu yang paling hakak suka,terbayang bayang rumah yang ada di ladang getah tu,banyak la tempat yang best untuk sesi fotografi di sini.

Sekiranya korang berminat,atau ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan boleh la hubungi Pegawai jualan Felda D'saji Sdn Bhd :

En.Mohd Dalal
Tel: 014-3388794
Email : azan.md@felda.net.my



Ok lah,hakak nak sambung berangan...jumpa di next entri,salam sayang buat semua.




Share:

6 comments

  1. cantik sangat kalau buat majlis kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..banyak lokasi yang menarik dalam taman warisan ni,mknan pun sedap sedap

      Delete
  2. tak peee cop dulu tuk anak dara nanti gittewwww hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..insyallah.lambat lagi ni.tapi mana tahu,Laman warisan makin maju waktu tu.

      Delete
  3. xle move on makanan dia. kek pandan n red velvet bes gila

    ReplyDelete