Sapa yang lahir tahun 80an,mesti pernah tengok cerita Jumanji kan.Tiap kali dadu dilemparkan,mesti hati kita yang berdebar.Kalau tak salah hakak,arwah Abah yang beli tape cerita Jumanji tu,owh ye lupa nak bagitau,dulu belum ada Vcd,Dvd ni,Yang ada tape video yang tebal tu,siap ada alat untuk reverse cerita lagi,apa ntah namanya,hakak pun dah lupa.
Siapa sangka,Hari ni Jumanji di tayangkan balik dengan versi yang berbeza.Kalau dulu hakak tengok dengan arwah Abah,kali ni hakak pegi dengan buah hati pengarang jantung limpa dan hempudu hakak,siapa lagi,si Nur Widad la.Meh hakak cerita sikit pasal cerita ni,dari pandangan mata hakak ea.
~Jumanji~
Mengisah tentang empat anak muda yang di denda atas kesalahan yang dorang buat di Kolej,Dorang ni kena kurung dalam satu kelas lama,yang kononnya nak dibaik pulih untuk dijadikan sebuah kelas komputer.Nak dijadikan cerita Waktu tengah mengemas dorang terjumpa sebuah permainan video lama,dan tanpa disangka,dorang di sedut masuk ke dalam permainan 'Jumanji'.Bukan setakat di sedut,malah watak dan rupa dorang pun berubah.Maka bermula kisah baru buat mereka.Di dalam dunia Jumanji,mereka diberikan tugas untuk mencari dan memulangkan semula batu hijau yang dicuri oleh penjahat ke tempat asal batu tersebut.Bermacam-macam halangan dan cabaran yang perlu dorang tempuh.
~jumanji Dimata aku~
*Permulaan cerita yang agak membosankan,lemau slow dan lembab,rasa nak keluar panggung pun ada.Tapi semuanya berubah bila mereka disedut ke dalam dunia jumanji.
*Jalan cerita yang penuh dengan gelagat yang mencuit hati.Berdebar dan seakan akan korang pun turut di sedut masuk ke dalam dunia Jumanji.
*Setelah di sedut ke dunia Jumanji,Madison Iseman (bethany) bertukar menjadi seorang lelaki yang memegang watak professor Shelly (Jack Black),Cuba korang bayangkan korang sebagai seorang perempuan,tiba tiba korang bertukar menjadi lelaki,agk agak,apa kejadiannya,macamana korang nak sesuai kan diri dalam badan seorang lelaki,paling tak boleh blah bila tang dia nak buang air kecil,gamat panggung wayang dengan gelak tawa pnonton.
*Seorang pelajar yang cukup "sado" dan terkenal di sekolah,dari seorang yang tiada kelemahan,tiba-tiba Blain menjadi orang yang lemah dan saiz badannya jugak menjadi kecik.Bayangkan kelemahan dia adalah sebijik kek,sekali makan terus meletup,giler la.tapi yang menariknya,dari seorang yang dungu dalam pelajaran tiba-tiba menjadi seorang yang,agak cerdik.
*Spencer,dari seorang lelaki biasa yang berbadan kurus,tiba-tiba berubah menjadi "the rock" Gagah gitu,hahaha.
*Turner,seorang gadis biasa yang agak kayu tapi pandai di sekolah,tiba-tiba berubah menjadi gadis yang seksi di dalam Jumanji dengan bertukar watak menjadi Ruby(Karen Gillan)
Antara scene yang aku tak boleh nak lupa,bila professor Shelly nak ajar Ruby jadi gadis penggoda,Lawak giler,gelak tak berenti di buatnya.
*Dalam Jumanji ni jugak dorang berjumpa seorang lelaki yang bernama Alex yang terperangkap dalam permainan ni selama 20tahun.berjaya tak dorang bawak Alex kembali ke dunia asal?nak tau sila la tonton,banyak scene yang menarik dalam jumanji ni.
*Memang cerita yang menarik untuk di tonton,tapi ada sedikit adegan yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak,biasa lah,nama pun cerita barat kan,tapi bila pegi menonton dengan Widad ni senang,bila tang scene yang ta sepatutnya dia sendiri yang akan tutup matanya dengan selimut.(benda wajib yang Widad bawak bila tengok wayang.)
*Apapun cerita ni memang enjoy,mampu buat perut korang tegang dan mungkin terkentut-kentut.Aku bagi 7/10 dekat Filem Jumanji ni.
~Pesanan Buat penonton~
Memandangkan aku tengok cerita pada hari biasa,so penonton pun tak ramai sangat yang ramai pun "budak budak baru nak up" yang ajet ajet sweet couple.
hakak mohon sangat ye adik2,masuk wayang buat la cara nak tengok wayang,dan bukan buat wayang sendiri,sebaris dengan aku cuma aku dan Widad pas tu ada satu couple,belakang aku ad 2 couple dan depan aku ada parent an anak-anak.Aku agak panas hati,bila tengah syok dok layan cerita tetiba Widad tanya aku,"ummi orang islam boleh ke peluk2 cium2 depan orang"? hah..dah kenapa anak aku ni,pas tu Widad bagi isyarat dekat aku supaya tengok couple kat sebaris dengan aku tu,perghh baik punya wayang,aku soh Widad tengok depan,Pas tu saja aku berDEHEM kelam kabut memasing tengok cerita yang di paparkan kat depan,memalukan betul la,melayu muda lagi pulak tu,silap haribulan sekolah lagi.Makin menjadi jadi anak muda sekarang ni,terlalu di beri kebebasan,bila dekat rumah mak manjakan sampai sekolah buat perangai pun Cikgu-cikgu aetakat tegur cam gitu je,Cikgu pun malas nak rotan kang tak pasal2 kena dakwa,makin rosak la anak tu,Aku berdoa sangat,moga anak dan keluarga aku terhindar dari gejala tak bermoral macam ni.
Opss maaf,jauh aku merepek..so sementara Jumanji masih di tayangkan,jangan lepaskan peluang untuk tonton di pawagam berhampiran okeh..pasti korang terhibur.
Wrote by hanie azura