Logo KBBA

Pemohonan Sijil Halal Hanya Serendah RM200.





Alhamdulillah,hakak masih diberi kesempatan dan peluang mengikuti lawatan bersama team kbba9.Kali ni hakak dan team Kbba9 melawat ke Halal Hab Jakim yang bertempat di Presint 3 Putrajaya.Terima Kasih di ucapkan kepada,Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee selaku Tuan Pengarah dan En.Mohd Fakarudin Masod Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Dan Ustaz LUQMAN NUL HAKIM BIN SAMAD Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat (SKK)  Unit Media Bahagian Hub Halal JAKIM yang banyak menerangkan tentang isu tular dan kekeliruan pengguna yang bertebaran di media sosial tentang produk halal.Bukan itu je,kami juga di beritahu bagaimana cara untuk memohon Sijil Halal dan apa syarat syarat untuk pemohonan.

Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee selaku Tuan Pengarah Halal Hab Jakim

Ustaz Luqman Hakim Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat (SKK) Unit Bahagian Hab Halal Jakim 

Jakim menangani Isu Tular


* Pihak Jakim akan memastikan setiap isu viral akan dijawab dalam tempoh 4jam selepas isu itu keluar supaya tidak merebak dengan meluaskan dan membantu kita dari terus keliru.

*Pihak jakim juga akan menghibungi eksekutif eksekutif syarikat berkenaan untuk memastikan kesahihan isu viral terbabit.

*Sebanyak 51 kenyataan rasmi telah dipaparkan mengikut kategori dan telah di muat turun di laman facebook rasmi Halal Hab Jakim.

"Islam mendidik bukan menghukum
islam itu mendekati bukan menghakimi."

Seperti kita tahu,setiap kali isu yang menjadi viral,pasti akan ada komen yang mengkeji dan tak kurang yang menghukum,apa korang tak rasa benda tu salah?sedangkan islam mengajar kita untuk mendidik,bukan terus menjatuhkan hukum,bukan terus menghakimi,sedangkan isu yang tular tu pun belum tentu sahih,berhentilah menjadi keyboard warrior.Buat yang Share benda yang belum sahih ni,korang tak takut ke kalau benda ni menjadi fitnah?hakak ni bukan la baik sangat,tapi dari terus membuat orang lain lebih keliru ada baiknya kita menghubungi jabatan yang berkenaan,apakah benar isu yang di tularkan tu.



Sebagai contoh Coklat Cadburry,hakak yakin sampai sekarang,masih,ada yang was was tentang halal coklat tersebut kan.Untuk pengetahuan kalian,Jakim telah mengeluarkan kenyataan bahawa Coklat cadburry halal dimakan,dan logo halal nya adalah sah.So tak perlu bimbang lagi,boleh kalau nak makan,tapi kalau masih ada yang tak yakin,mudah je,tak payah beli,tapi tak perlu jatuhkan hukum sendiri

Jakim Di media Sosial

Buat kalian yang sentiasa ragu atau ada pertanyaan tentang halal atau produk halal,kalian boleh terus berinteraki dengan Jakim di Facebook Hab Halal Jakim atau boleh lawati laman sesawang Jakim di www.halal.gov.my .Malah sekarang ni kita boleh periksa kesahihan halal tu dengan muat turun aplikasi Smart Halal.


Kaki Travel

Nak melancong tapi risau dengan Makanan halal di luar negara?pada pendapat hakak,ada baiknya,sebelum kita keluar negara,ada baiknya kita pastikan logo halal di tempat yang ingin kita lawati.Terdapat beberapa jenis logo halal yang telah di iktiraf oleh Jakim di luar negara.Wow sangat memudahkan kita kan,maka lepas ni lebih mudah lah kita nak mencari makanan yang halal.





Sijil Halal

Antara syarat syarat untuk memohon sijil halal seperti kat bawah ni.


  • Mempunyai Premis sendiri yang lengkap
  • Sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai Lesen perniagaan daripada pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat akuan dari Agensi Kerajaan(bagi yang tidak mempunyai PBT)
  • Beroperasi sepenuhnya sebelum pemohanan dibuat
  • Mengeluarkan/mengendalikan produk halal sahaja
  • Telah mengikut latihan halal di Syarikat yng telah di iktiraf oleh Jakim
Serendah RM200

Hakak pernah dengar dari mulut kawan kawan hakak,dorang cakap untuk memohon Sijil halal kita perlu bayar dengan harga yang sangat mahal,tapi dengan adanya seminar macam ni,baru lah hakak harga untuk mengeluarkan Sijil Halal ni,hanya serendah Rm200,untuk tempoh 2tahun.Yang penting dokumen berkaitan perlulah lengkap,dan kita telah menjalani kursus Latihan Halal yang di anjurkan oleh Syarikat-syarikat yang di iktiraf oleh Jakim.Jika semua telah lengkap,15-30 hari pembayaran dibuat Sijil Halal akan dikeluarkan.
Pembaharuan Sijil Halal perlu dibuat 3bulan sebelum tempoh tamat.
Mudahkan,tapi pemohonan sijil halal ini bukanlah satu paksaan,ianya bersifat sukarela,tapi dengan adanya sijil halal,produk yang kita keluarkan boleh di pasarkan ke luar negera.Hakak berharap sangat satu hari nanti hakak mampu mempunyai premis yang lengkap supaya hakak boleh memasarkan produk hakak ke luar negara,doakan ye.



Ikuti media sosial Bahagian Hab Halal, JAKIM dan dapatkan pelbagai informasi berkenaan pensijilan dan isu-isu halal yang tepat dan terkini. Klik:-

 ðŸŒ¸Badan Pensijilan/Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM:-

 bit.ly/LogoHalalLuarNegara

 ðŸŒ¸Penjelasan Kepada Isu-Isu Halal yang Tular:-

 bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

 ðŸŒ¸Info-info/Ilmu Halal Semasa:-

 bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa

 ðŸŒ¸Words of Wisdom/Mutiara Kata:-

 bit.ly/WordsOfWisdo

 ðŸŒ¸Aktiviti Bahagian Hab Halal JAKIM:-

 bit.ly/AktiviitiHabHalal

🌸Keratan Akhbar:-

 bit.ly/KeratanAkhbarBHH

 ðŸŒ¸Kenyataan Media:-

 bit.ly/KenyataanMediaBHH 

🌸FAQ Halal:-

 bit.ly/FAQHalal

 ðŸŒ¸Hebahan Semasa:-

 bit.ly/HebahanSemasa

🌷Direktori Halal Malaysia:-

 www.halal.gov.my

🌷FB Bahagian Hab Halal:-

 bit.ly/FBHABHALAL

 #YakiniHalalMalaysia #SemakSebelumSebar

Share:

11 comments

  1. Perkongsian menarik... Pelik, permohonan sijil halal begitu mudah tapi ada juga pengusaha tak nak mohon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ramai yang tak tahu tentang harga sebenar,atau mungkin premis belum lengkap

      Delete
  2. Yang penting semua kena semak dengan JAKIM. Jgn pandai2 sendiri sebar

    ReplyDelete
  3. Adanya Sijil Halal memudahkan kita dalam membuat pilihan.

    ReplyDelete
  4. Dulu asyik percaya cakap orang je. Tak semak sendiri. Sekarang dah tau bolehlah semak sendiri guna medium yg JAKIM sediakan.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni kalau tak pasti pasal halal..terus tanya jakim..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, salam kenal dari saya ya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Malaysia ada badan yang boleh sahkan status Halal sesuatu barangan yang boleh dipercayai. Gud job JAKIM

    ReplyDelete
  8. Good sharing , ramai lg yang xtahu

    ReplyDelete