Logo KBBA

3 jenis makanan yang wajib korang cuba jika ke Marang Terengganu

Assalammualaikum
Sekejap je masa berlalu tetau habis dah trip kami ke Marang terengganu hari isnin lepas.

Selalunya bila sebut je ke terengganu,orang mesti terbayang keropok Losong,tak pun keropok ikan kan,tapi sebenarnya,ada yang lebih menarik dari keropok losong tu tau,nak tau apa dia?jom baca kat bawah.

Baru ku tahu,banyak tempat yang menarik dekat marang ni,untuk korang yang baru pertama kali jejakkan kaki ke Marang Terengganu ni,aku syorkan untuk mencuba 3 jenis makanan ni.

Roti Paung/Roti paun


Kata penjual tu,nama asal roti paung ni sebenarnya roti paun,sbb berat roti ni 1paun,tapi,bila disebut dalam dielek tengganu,makanya jadi Roti Paung.
Ada 4 jenis inti,Planta,kacang,Kaya dan kelapa.Aku an Widad suka yang inti planta,tapi baba suka yang berinti kelapa.Memang sedap,makan panas2 dapat pulak dihidang dengan teh o panas,duduk plak tepi pantai perghh syahdu weh.tapi kami makan dalam kereta je,tu pun rasa menyesal,sebab beli sikit,tak cukup rasanya haha.Roti paung ni,walaupun dah sejuk,rotinya tetap lembut tau.Harga roti paung ni murah je cuma Rm2.50 hingga Rm4.00 berbaloi sangat tau.

Ketupat Sotong

Kredit picture by Mr.Google

Al-kisahnya aku dah malas nak keluar,yela sehari suntuk dok kat Pulau Kapas,dah habis snorkeling sambung panjat bukit singa plak,balik dari Pulau Kapas,sambung berendam dekat belakang chalet tempat kami menginap.Bila malam menjelma memang dah tak daya la nak bukak mata.Makanya aku bukak la Mr.google dan carik makanan yang sedap dan unik di kawasan Chalet kami.Hasilnya aku ditemukan dengan Restoran Lempeng

Nak order air tuak tu,tapi takut tak bangun terus plak nanti haha

Kredit picture by Mr.Google

Antara menu yang menarik perhatian aku,Ketupat sotong,disebabkan Widad dah lena,maka aku bungkus segala makanan yang aku order.Menarik tentang ketupat sotong ni,Isi pulut tu di sumbat dalam Sotong,Lepas tu di rendam dalam kuah santan kelapa,memang terangkat babe,lemak2 pedas.menyesal beli 2ketul je.
Harga Ketupat Sotong dari rm5.00 keatas,harga ikut saiz .

Lempeng Kelapa Muda.

Dalam gambar memang tak menarik,tapi rasa dia hakak bagi 4Bintang.

Memula tengok signboard lempeng tu,aku dah berangan nak order lempeng gula melaka,sebab aku tak reti nak makan lempeng kosong,tapi sayangnya dorang cuma ada Lempeng Kelapa muda,so nak tak nak aku tapau jela,sebab baba memang dah request nak makan lempeng.
Sampai bilik,carik bekas kami pun bersidang.Wehhhhhh...kenapa aku beli 2keping je,sedap nakmati rasa dia...Boleh juling bijik mata weh.Dalam lempeng tu siap ad isi kelapa muda,yang menariknya,lempeng ni dibancuh dengan santan,dan bukan dengan air masak kosong,so memang lemak berkrim la rasa dia,makan pulak dengan kari.terangkat terjungkit dibuatnya.Harga lempeng ni Rm1.50 je.

Jelly Kelapa.

Memang sedap

Isi pun banyak.


Sementara aku tunggu makanan aku tu dibungkus,aku amik la jelly kelapa ni,yes sedap,aku syorkan kat korang yang nak buat family day atau buat apa2 aktiviti di kawasan Marang ni,boleh la letakkan Jelly kelapa ni sebagai pencuci mulut,memang sedap,harga pun murah je sebekas cuma RM1.50,rasa memang puashati,dalam banyak2 jelly kelapa yang aku beli dekat Ganu ni,ni la yang paling sedap,macam minum air kelapa muda,isi kelapa pun banyak.

Banyak lagi menu yang menarik dan sedap kat sini,tapi masa kami singkat sangat,badan pun penat,so tak boleh nak jalan sangat,insyallah dalam tahun ni kami akan kesini lagi,misi kali ni,lebih kepada memburu barangan bundle dan jalanjalan carimakan.Nanti kalau jadi hakak update lagi okeh.

Share:

0 comments