Logo KBBA

Kembara KBBA ke Setiu Terengganu


Setiu,kami datang!

Setiu,erm...apa yang best kat sana?Sapa yang follow fb dan ig Hanie,korang mesti penah tengok Hanie post banner ni kan.


Perjalanan kami.
Hah ni la yang nak Hanie ceritakan.Kali ni kami team kbba telah merentas LPT 2 untuk ke Setiu Agro Resort terengganu selama 7jam.Bukan perjalanan yang dekat pada pandangan mata Hanie.


Bergerak jam 11 pagi dari Kuala Lumpur,dan tiba ke destinasi jam 5 petang dengan hanya berhenti 4 kali je,dan pemandu kereta semuanya kaum HAWA okeh,hebat tak?


Penat tak usah cakap la,Hanie yang tak memandu ni pun sampai sakit pinggang kebas bontot dibuatnya,ni kan lagi yang memandu.

Hilang segala penat lelah kami

Akhirnya,kami sampai ke Peladang Setiu Agro Resort,Terengganu .Disambut dek kehijauan bumi tuhan dan segarnya udara kat sini.






Hilang sekejap penat lepas berjam dok dalam kereta.Amik kunci bilik,angkut beg,kami menghala ke bilik masing masing.
Sampai bilik,campak beg,buka pintu kedua...wah tasik...hilang kebingitan dan kacau bilau kota.Tenang,damai tulah yang Hanie rasa saat tu.




Weh tasik ni ada ikan,kalau bawak pancing boleh memancing ni,hahaha.

 Setiu Agro Resort

Ni serba sedikit yang sempat aku baca dan tnya tentang Setiu Agro Resort ni. 

 Terletak di Guntung,Setiu,(dekat dengan Gunung Tebu.)

* 2jam perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu

* Peladang Setiu Agro Resort juga mempunyai ladang dan dusun sendiri,malah mengeluarkan hasil      dan menjual kepada peraih.

* Mempunyai 82 bilik,58 darinya berkonsepkan chalet Antaranya :
  • New Link Chalet
  • Garden Chalet
  • Pool View Chalet (bilik kami)
  • Deluxe Chalet
  • Deluxe VIP
  • Deluxe Family
  • VIP suite
* Resort ni ada menyediakan aktiviti yang menarik tau,antaranya :
  • River Crossing
  • Kayak
  • Night Agro Trekking
  • Jungle Trekking
  • Obstacle Course
  • Abseiling
  • Rafting
  • Solo Camping
  • Flying Fox
  • Survival Program
  • Water Confident
Banyak yang menarik di sini sebenarnya,tapi kami tak habis nak teroka,yela trip kami ni cuma 3 malam 2 hari,tu pun dah cukup puashati.

Untuk korang yang tengah plan nak bercuti dan carik tempat untuk beraktiviti lasak,dan untuk mereka2 yang suka memancing,aku syorkan kalian ke sini,Macamana nak hubungi pihak resort?meh hakak bagi info kat bawah ni ea.


Peladang Setiu Agro Resort
lot 3912,Guntung
22040,Setiu,Terengganu

Tel : 09 - 6920059 / 6920039 / 6920017
Fax : 09 - 6099763



Cadangan dan Pandangan dari Mata hanie

Buat pengusaha Peladang Setiu Agro Resort,tempat ini indah,tempat ini damai,tempat ini menenangkan.
namun ada sedikit penambaikan yang perlu dilakukan,antara yang Hanie nampak ;

*bangunan dan bilik ini tampak usang dan lama terbiar,dan agak tidak terjaga,harap lepas ni,pihak pengurusan akan lebih teliti sebelum pengunjung masuk dan menginap di bilik.

*Kebersihan dimeja restoran juga perlu dititikberatkan.

*keadaan yang agak malap waktu malam agak menyukarkan pergerakkan.Mungkin selepas ni boleh tambah lampu di lorong pejalan kaki.

Hanie yakin,sekiranya penambahbaikan dijalankan,resort ini akan menjadi salah satu resort yang menjadi tumpuan utama pelancong luar dan dalam negara.Selain dari tu,semuanya baik,terutama jurulatih-jurulatih yang sangat friendly.


Sampai jumpa lagi di lain hari.

kredit photo by :
@Azura Abu
@Ayahji
@Kak Min
Team Kbba9


Share:

2 comments