Petua Redakan Radang Buasir
Assalammualaikum
Selamat malam,sihat ke semua.nak ikutkan hari ni hanie nak share,pasal percutian hanie bebaru ni,tapi disebabkan ramai yang "pm" tentang sakit buasir yang dorang alami,maka kat sini hanie nak share seketul dua petua yang hanie buat selain amalkan ubat dari hospital dan farmasi.Sesungguhnya hanie paham kesakitan yang korang alami.
Buasir,hanya mereka yang mengalami je yang paham dan tahu macamana sakit dan azabnya bila ketulan daging tu terkeluar dan keradangan.
Petua Dari Hanie
Kadang² kita tak perasan ubat dalam simpanan kita habis,tambah lagi orang yang macam hanie ni,makan waktu sakit je huhu.Maka jalan alternative yang hanie amik mcm kat bawah ni.
Kurma.
Hanie dapat petua ni dari seorang makcik yang menetap di kelantan.
Cara²nya.
Ambil 3 biji kurma,rendamkan dengan air panas yang baru lepas mendidih.dan bila air tu dah suam,bolehlah diminum air rendaman kurma tu,pastu bolehlah dimakan buah kurma tu.Sangat elok kalau di amalkan setiap hari.
Banyak khasiatnya,bukan setakat buasir,untuk buang toksik dalam badan pun ye jugak. |
Air Suam.
Amalkan minum segelas air suam sebaik je korang bangun tido dan sebelum tido
Cuka Epal.
Korang tau tak,cuka epal ni,banyak sangat khasiatnya,terutama orang yang sakit gout dan buasir macam kita ni.
Caranya...
Ambil 1 sudu cuka epal,dan tambahkan sedikit madu(kalau tak letak pun takpe)
bancuh dengan segelas kecil air kosong tak kisah suam atau sejuk.Pastu terus minum.
Essential oil NewRox
Ok,kat sini hanie nak bagitau,hanie bukan MENJUAL produk,tapi disebabkan hanie pakai,dan serasi dengan hanie,maka hanie share dengan korang.
Essential oil ni keluaran dari syarikat Carsis Pharma nama minyak ni NewRox,sangat² sesuai digunakan oleh ibu ibu hamil atau baru lepas bersalin,buat mereka yang mengalami buasir dalam.Kalau hanie,tiap kali melabur,wajib sapu ubat ni(sory kalau tak berapa senonoh huhu)
So buat kalian yang pm hanie,boleh la cuba cari essential oil di farmasi berdekatan an korang okeh.
Mitos
Orang selalu cakap,dah tau buasir makan la buah,yup memang boleh makan buah,tapi hanie nasihatkan,jangan makan buah pisang,betik dan Orange terlalu kerap,bukan apa,kita buasir,bukan sembelit.Berbeza tau,buasir dan sembelit.Bila kita buasir,kita kena elakkan membuang terlalu kerap,bila kita membuang terlalu kerap,buasir tu akan keradangan.waktu tu la kita akan rasa usus kita menegang,ari-ari rasa senak dubur macam dicucuk²,azabnya hanya kita yang tahu.
Akhir Kata dari Cik Hanie.
Dan satu lagi,buat mulut tahap puaka kat luar tu,jangan pandang orang yang sakit buasir ni mesti orang yang berbadan gempal,eh anda silap okeh,kegemukan memang salah satu faktor,tapi orang yang kurus pun boleh kena buasir ye.Buasir ni tak mengenal usia dan saiz badan.Yang penting jaga pemakanan kalian.bak kata orang cegah sebelum terlewat,ngerti kamu?
eh apa hanie merepek ni,hahaha maaf ye,teremosi dengan orang yang tak paham dengan penyakit orang lain,yang dorang tahu,nak kecam je.
Akhir kata,Hanie harap perkongsian hanie ni,dapat memberi manfaat pada kalian.
Buat korang yang email hanie,tapi hanie tak reply,boleh la pm hanie di fb untuk dapatkan no wasap,kalau rajin boleh la follow hanie di Ig hehe...
27 comments
Moga lekas sihat ye
ReplyDeleteAmin,t.kasih kak sue.
DeleteBuasir tu mmg gatal ker? Dan rasa panas? 😅😅
ReplyDeleteMaaf,lewat reply,yup panas gatal serba tak kena dbuatnya
DeleteSy tgh mengalami nye huuu sakit sgt, serba xkena tdo mlm pn xlena.. nk nangis rasa
ReplyDeleteDah Cuba malam ubat?
DeleteSy tgh mengalaminya, sakit huuu serba xkena nk buat semua smpai rasa nk nangis tahan sakit huhu
ReplyDeletepuan dah jumpa doktor?doktor cakap apa?
Deleteadik sya yg kurus tggi tu pun blh kena buasir. aduii..sya bru kena ni. tp tak skit. tiba² darah menitik. ermm
ReplyDeletebetul sis,kalau nak kena tak kira tua muda,kurus besar smua boleh kena.
DeleteAssalamualaikum kak, sy bujang 27 tahun pun mengalami nasib yang sama..skrg pun tgah hadap sakit ni, kalau ikutkan fizikal badan sy yg kurus ni tak mungkin la boleh ada buasir ni tapi dah dapat jugak penyakit ni , redha jela kan ..InshaAllah sy usaha dulu mcm cara yg akak lakukan.. doakan supaya semua pesakit buasir ni cepat sembuh
ReplyDeleteCuba amalkan ye.amin amin amin
DeleteAssalamualaikum..sy pun sedang mengalaminya skrg ni..da hampir 2 mggu dan sedang berpantang hari ke 28.azabnya Allah je yang tau..nak buang angin pun kdg2 sakit..adakah penyakit buasir ni boleh sembuh dlm masa ttentu?sy skrg bgantung pd ubat yg klinik bg..
ReplyDeleteSalam, bagaimana dengan masalah buasir? Dah pulih? Sebab saya pun mengalaminya
DeleteSalam,akak dah sihat dari buasir?
ReplyDeleteTak sihat sepenuhnya,tapi masih mampu dikawal
DeleteSalam,nak tanya ambil berapa untuk sihat sepenuhnya dari buasir? Dan makan ubat lawaskan najis berapa lama?
ReplyDeleteBergantung pada org jugak sis,saya dari form 2 smpi dh masuk 30series ni,masih Ada lg
DeleteSalam sis..dulu sy berak brdarah tp lepas makan ubat dri dokter dan pakai ubatsapu..darah dh xda tp rasa gatal sangat kat lubang dubur tuu apalgi time malam..tu knapa ya?buasir jg ke?TQ
ReplyDeleteAslm.. Thanks for sharing. Sy penderita buasir jg. Dah pegi rawatan buasir kt klinik sg 2 penang tu. Tp masih jd lg. Nt nak Cuba pulak essential oil tu. Thanks once again. Bye.
ReplyDeleteIf sis nak,stok Kat hanie banyak lg,sebab banyak permintaan so hanie beli stroke Dan jual pada yg memerlukan
DeleteAssalamualaikum kak... Sy x tau akak still dapat x baca nie... Sy nak beli essential oil... Boleh....? Betul hanya orang yg pernah mengalmi buasir saja faham kesakitannya...
DeleteSalam akak, essential oil tu mmbntu mengecutkan buasir kita ke? Terima ksih
ReplyDeleteSy ada buat scop n buasir dalamn doc bgtau..bln 7 buat rubber banding tp smpai skrg sakit time membuang😫
ReplyDeleteTgh hadap sakit buasir niii...
ReplyDeleteYa Allahh...kesakitan dia tuuu...
Rela lagi sakit lepas beranak..
Sakitt,..saya pecahkan jerr buasir tuu 😁
ReplyDeleteEssential oil tu guna macam mana ye? Sy baru dpt tau ada buasir dalaman.. ms kena tu darah bnyk keluar, tp tak sakit.. dh jmpe Dr., dia bg ubat mkn apa semua.. hr ni hr ke tiga dh ok sikit, darah ada sikit2 je ms membuang, tp rs pedih2 pula.. hr ni br rs pedih tu... Knp ye.. hr isnin nnt kena jmpe Dr. balik..
ReplyDelete