Unboxing By Zucca Butik
Bila kau seorang wanita yang bersaiz comel,salah satu masalah yang selalu kau hadapi : memilih pakaian!
Aku salah seorang wanita yang dulunya bersaiz M tapi sekarang bertukar saiz kepada Xl dan xxl.Haru betulkan,tapi tu tak mematikan aku untuk memilih pakaian yang sesuai dan kalau boleh menampakkan aku sedikit kecil,bersaiz besar bukan bermakna kau tak boleh bergaya,betul tak?
Disebabkan,aku duduk kawasan luar bandar,butik untuk orang yang bersaiz besar ni memang susah la nak jumpa.Jadi aku memilih untuk membeli di atas talian.
Hati aku terpaut dekat satu fashion store ni.
Bukan hanya disebabkan baju yang cantik dan bersaiz besar,tapi servis yang diberikan memang terbaik.
Zucca butik
Ni la fashion store yang aku maksudkan tu.Menariknya kat zucca ni,semua baju yang dijual khas untuk wanita yang bersaiz macam aku.Yang membuatkan aku jatuh hati dengan butik ni,designnya cantik dan terkini.yang penting harganya sangat² berbaloi.semua ready stok tau.Tak payah la nak tunggu lama lama,bank in hari ni,esk terus di pos kepada kita.
Unboxing zucca butik
first-time tau aku buat video cam gini hehe.Maaf sangat sebab video ni agak gelap.aku akan cuba perbaiki lagi okeh.
Pilihan Hati
Aku pilih tiga helai baju,1 t-shirt dan 2 blouse.
Dah lama sebenarnya aku nak carik baju "meow" ni,tapi susah sesangat nak crik saiz aku.Nasib baik kat zucca ada,terus aku grab.
Baju kedua pulak,bercorak sulam ditangan kosong dibadan .Aku pilih ni sebab aku rasa baju ni boleh dipakai dengan jeans dan skirt.
Baju ketiga ni,Mr.S yang pilihkan,dia yang nak sangat aku pakai baju ni,so aku amik jela.Biar labuh sikit katanya.Baik biy.
Tips
Sedikit tips dalam pembelian pakaian online dari aku,terutama untuk korang yang bersaiz 3g ni,tips ni juga akan menampakkan kita ni kecil sedikit.
1. Pilihan warna Pilih warna yang sedikit gelap.
2. Pilih corak yang sedikit dan kecil.
3. jika mencari baju yang borcorak garisan,pilih garisan menjalur.garisan melintang akan menampakkan badan kita lebih berisi.
5. Pilih kain yang lembut dan ringan(boleh pm tanya jenis kain pada dealer)
6. Elakkan membeli baju yang terlalu longgar,kerana ia akan menampakkan kita lebih berisi dan rendah.
7. Elakkan memilih baju yang terlalu kecil,Agak jelek bila wanita bersaiz besar memakai baju terlalu sendat hingga menampakkan lemak-lemak tepu.
Website Zucca
Buat korang yang tengah mencari baju tu,bolehlah singgah ke website zucca,atau boleh lihat di Instagram dan Faceebook Zucca.Kat bawah ni aku sediakan link untuk memudahkan korang.
Selamat membeli belah.
5 comments
nice dgn ko.. siapa mr s? hahahaha
ReplyDeletet.kasih
Deletesoalan cepumas btl hahaha..
suka jugakkkkkkk sbb murah! hahahah maklumlah en somi belanja kena cari yg cantik dan murah je la...heyyy pasni sila beli warna terang2 lak haaahaaa...
ReplyDeleteCantik dan comel2 kan baju zucca...
ReplyDeleteWalaupun hitam je, tapi cantik-cantik bila pakai.
ReplyDelete