Jika semalam bukan Hari yang baik untukku,
bangkitlah,
mungkin bukan untuk diri aku sendiri,tapi demi orang yang aku Sayang Dan orang yang menyayangiku
Bismillah, alhamdulillah pejam celik pejam Celik dah 9hari (25/1/2022) aku menetap di rehabilitation perkeso melaka,Dari perkeso Petaling Jaya aku Naik van perkeso untuk ke pusat rehabilitation tunku Abdul razak melaka.
Perkeso Pertaling Jaya (by google |
Pusat rehabilitation Tunku Abdul Razak Melaka(google picture) |
- Sampai ke pusat rehab kami terus do bawa ke bahagian wad saringan untuk swap covid, alhamdulillah,kami berdua yg Naik van negatif.Aku Naik van an sorang brada Dari sg.choh abg kerul namanya.
- Settle swab covid kami di bawa ke bilik khidmat pelanggan,kat situ la segala maklumat diri di ambil Dan diiberikan sebuah buku seperti passport,Dan memang dorang pangpil client passport.,nk order makanan Dan maklumat kelas semua ada kat sana.
- Settle di khidmat pelanggan,kami di bawa untuk membuat pemeriksaan di klinik bersebelahan kaunter perkhidmatan.,aku dapat Case Manager ber nama Puan Najihah (Cs) Dan doktor yang merawat aku adalah Doktor Azman,so kalau Pape jadi dekat aku,Dari segi kesihatan nurse akan bagitau doktor Dan cs aku.lepas ambil keterangan,cik hanie perlu duduk di wad dulu sebab ubat cik hanie adalah wad kawalan Dan masih tak dobenarkan untuk makan ubat tanpa dipantau.
Pintu lift tingkat 2 (wad) |
Kolam Ikan depan lift tingkat 2 |
Auntie malar Dan uncle Sami (Tq sudi jadi model saya) |
Hakim amir n uncle di pintu masuk transition wad,wad cik hanie (Tq sudi ber catwalk kat situ haha) |
Pemandangan Bila keluar Dari lift,tingkap Dua merangkap tingkat wad |
Clients passport Wajib bawa untuk masuk kelas Dan order makanan |
- Bilik ujian pendengaran, Alhamdulillah telinga ok,cuma aku adukan tentang masalah rasa kurang keseimbangan,tambah lg bila Dari duduk nak bangun Dan sebaliknya,maka lagi 2 minggu aku akan jumpa doktor balik
Bilik ujian pendengaran (ENT) |
- Bilik mata,kat sni memag banyak la aku fail,tapi yang bestnya doktor kat sini terangkan tentang masalah mata aku dengan sangat jelas,apa itu rabun,apa itu silau apa itu saraf mata,tak macam kedai cermin mata,yang ni baru la aku tahu,selepas kemalangan mata kanan aku rabun Dan silau,tapi mata kiri aku agak parah juga,cuma bukan la tahap kritikal.mata Kiri aku rabun silau Dan ada masalah dengan visual(semua ni berlaku selepas aku kemalangan).dan doktor masih lagi mencari punca kenapa jadi macam tu.
Bilik optometri atau lebih bahasa lebih mudah bahagian penglihatan. |
- Settle bilik mata aku masuk bilik psikologi,tak Tau kenapa aku tak banyak cakap,semua aku ok walaupun hati Dan keadaan aku sangat sangat tak ok.Doktor Lim adalah salah seorang pakar psikologi di sini,sangat² memahami,aku belum pernah jumpa doktor pakar psikologi yg macam ni,baik di hospital kerajaan mahupun swasta,why aku doktor Lim ni bagus, insyallah nanti aku ceritakan,sbb perjumpaan pertama Kali ni,kami tak banyak bersembang pun.
Settle di pintu satu hampir pukul 12 tengahari,so aku Naik Dan tengok makan Dan tersedia,basuh tangan Dan terus makan,walaupun aku xmakan Ikan dory,tapi sebab tak order ubtuk Hari ni,aku pasrah je makan apa yg ada hahaha.(tak Dan amik gambar,lapar sungguh haha,
Lepas makan tengah Hari sesi kelas pula,untuk new clients,Hari pertama adalah interview tentang kecederaan Dan penyakit yang client alamai
- Bilik pertama pintu 4 MSD (lebih kepada merawat otot Dan muscles
- Bilik dilevel G (Kiri) di bilik ni cikgu akan lihat kecederaan Kita Dan peralatan apa yang Kita perlukan,macam cik hanie,kaki cik hanie jadi pendek sebelah,tak banyak pun,sikit je,so cik hanie akan diiberikan lapik untuk diletakkan di dalam kasut,so tak nampak la jengket sangat.(normal untuk orang yg mengalami kecederaan kaki patah atau masuk besi)
- Habis sesi kelas,untuk clients yang masuk 25/2/2022 kami akan berkumpul untuk sesi kenal diri,tak ramai pun 4orang je cik hanie,kak maz abg khairul,abg jazmi dan seorang penjaga(isteri abg jazmi) .so ni la group cik hanie selalu berkumpul n bergosip hahaha.
Aku ingin kuat!!!
"Ya Allah,aku tahu kau lebih tahu sesuatu yang baik untukku Dan anakku,kuatkanlah kami Dan bantulah kami hadapi semua itu dengan tenang"
Mr.diary cik hanie
Bismillah, Assalamualaikum Mr.Diary.
Cukup 12 Hari Widad masuk asrama(asrama mn,blm masa untuk cik hanie bongkar)
Widad masuk asrama 21/2/2022,umi masuk rehab 25/1/2022.berpisah jauh sikit....
Rindu,sakit perit,Allah je yang tahu.
Pagi sebelum ke rehabilitation perkeso melaka,Cik hanie mntk kebenaran pegawai untuk melawat widad.terima kasih geng kbba yg bnyk hulur bantuan untuk aku jumpa widad.
Hari lawatan ke asrama widad
Sampai sana, tunggu diruang menunggu,sementara pengajar kat sna pangg widad.,berdebar kalah jumpa bakal suami.sungguh aku sanggup hilang suami Dari ank,rasa yg paling sakit di lubuk hati yang paling dalam.(menulis ni pun aku menangis)
Nampak kelibat widad rasa nak lari n peluk widad,tapi aku Tau,aku xmampu nak berlari sedangkan nak berdiri pun tak stabil.
Widad dtg peluk umi,allahu,rindunya tapi aku tahan air mata aku kena kuat untuk widad kuat.
Sesi tukar bantal busuk
Aku bagi bear aku kat dia,sebab aku nk bawa bear(maimunah) widad ke melaka,serius aku kuat Hari tu,air mata tak tumpah lg waktu tu,harap lepas tukar bear boleh lepaskan rindu antara kami.
Mr.Jamal(bear umi bg widad pegang) |
Maimunah widad (ada dengan umi) |
Hati aku hancur
Widad mengadu "Umi kepala widad kena hentak dgn kwn waktu dlm bilik kuarantin Hari tu,aku pegang kepala dia...Allahu BENGKAK!!!
Bahkan perut anak aku juga ditumbuk,lebam!!
Aku dengan baba widad bukan Jenis terlalu manjakan widad,rotan tetap rotan,tapi di tapak kaki Dan bukan dgn sekuat hati,Bila aku sentuh kepala anak aku Dan nampak lebam tu,hati aku sebagai seorang ibu hancur.
Segala tingkah kami diperhatikan oleh pegawai dan tenaga pengajar disana,dan banyak perkara yg kami perlu berbisik.
Tengah mengadu |
Umi tahu widad kuat |
Umi hanya mampu memberi kata semangat,kuat,kena jadi seorang yg kuat,ini la pengalaman hidup yang akan mendewasakan Kita,orang pukul balik balas balik,bukan nak tunjuk gangster,tp untuk pertahankan diri,tapi Jangan buli anak anak yang lemah dekat sana
Siapa sangka budaya buli ni bukan Makin kurang malah Makin teruk,anak baru 9tahun PEREMPUAN,dah jadi kaki buli.
24hari bulan adalah penentu segalanya
Sabar ye widad, insyallah,24/2/2022 ni,baba akan amik widad Dan sekolah disana.moga Allah permudahkan urusan kita.
Waktu lawatan hanya sejam,aku sampai pukul 10,pukul 11 aku perlu balik,tinggalkan widad Kat sana umpama hati aku terbang Dan tertinggal disana.
Harta dunia akhirat umi |
Tunggu keputusan swab test utk jaga widad di ppum |
Pesanan untuk awak baba yang terbaik untuk widad
Umi yakin widad kuat,Kita kena sama² kuat,umi pun perlu kuat Dan berjalan semula.umi dah sihat nnt umi akan sungai besar jumpa widad Dan baba kat sana.
Untuk bekas suami,tolong ambil anak Kita 24hb ni,jaga anak elok²,Kita perlu kuat untuk ank Kita,yang berpisah tu Kita,bukan anak yang perlu rasa kehilangan ni.cukup Kita je yang rasa.
Sambut birthday widad,simple tapi dapat berkumpul bertiga,hanya itu yg dia nak. |
Last raya 2020(umi masih aktif bekerja Dan holiday dengan widad) |
25hari bulan,itu la Hari terakhir aku dapat peluk cium widad bertalu²,balik Dari jumpa widad,umi akan bergerak ke pusat rehabilitation melaka 3bulan.
Wahai anak,kau lah harta paling bernilai yang Allah berikan pada umi.
Sayang ketahui lah oleh mu,selain emak umi,awak adalah harta yg Allah berikan pada umi,Salam Sayang peluk cium Dari umi.
Kuatlah hati,kuatlah anak.
Betul orang cakap,jadi miskin mampu buat orang hilang akal.aku masih Cuba mencari nafkah dengan cara apa pun selagi halal utk aku teruskan hidup.
Always love u |
My princess Nur Widad(cahaya kasih Sayang) |
Salam Sayang Dari umi